Thursday 25 December 2014

Sayang Ayah....

Tanggal 3hb Ogos tahun ini ayah pergi meninggalkan kami. Sedih dan pilu bila mengenangkan apa yang telah ayah lalui sebelum ayah meninggal. Namun kami adik beradik tetap meneruskan perjalanan kami dengan sebaik mungkin. Semoga arwah ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan para solihin.

Ayah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan mak. Mak adalah antara insan yang paling rapat dengan ayah. Dugaan demi dugaan meruntun jiwa kedua dua insan hebat ini. Arwah ayah sempat menghabiskan masa bersama kami adik beradik berbuka puasa di rumah aku. Bila dikenang kembali detik itu air mata jatuh berlinangan. Tidak siapa di antara kami menyangka saat dan detik itu tidak akan berulang lagi tahun hadapan. Mak menelefon beberapa kali menyatakan ayah nak datang ke rumah aku, kami suami isteri hairan kerana kebiasaannya bulan puasa ayah dan mak gemar menghabiskan masa di rumah sahaja. Namun ada rahsia di sebalik rahsia dan sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Kami merasa berbuka puasa sekali, menyambut hari raya bersama dan aku masih ingat kali terakhir aku mencium tangan ayah ketika hayatnya terasa tidak puas aku menatap wajah ayah. Namun hati ini menolak sangkaan ini, ayah juga banyak berdiam dan menyendiri di luar rumah. Kami ingatkan kerana terlalu bising ayah melarikan diri dan ingin bersendirian di rumah.

Banyak yang kami bualkan bersama semasa akhir hayatnya. Ayah seperti tidak habis bercerita. Suami juga perasan dengan perubahan ayah. Ayah sanggup menunggu kami untuk makan bersama sama. Setiap kali teringat air mata berjurai. Saat kami menerima panggilan seakan satu tamparan yang hebat. Lemah longlai terasa badan, nafas seakan tersekat dipangkal leher. Subhanallah...tidak kami sangka kami sudah kehilangan ayah yang kami cintai.

Aku bersyukur di akhir hayat ayah aku sempat mengenali siapa arwah di sebalik riak muka yang garang itu terselit satu wajah yang sangat tenang. Wahai ayahanda, damailah engkau di sana...kami adik beradik mendoakan agar roh ayah di tempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah


Sunday 7 December 2014

Assalamualaikum

Tak sangka 2014 dah nak melabuhkan tirai, sebenarnya banyak impian yang belum tercapai. Kalau nak tulis pun rasanya tak muat untuk satu entry hari ini. Betul lah kata pepatah orang bijak pandai "masa itu ibarat pedang". Kita diberikan oleh Allah 24jam sehari dan kadang2 kita merasakan tak sempat buat itu dan ini. Anyway, seriously  bila bergelar ibu banyak yang perlu saya korbankan lebih2x lagi "my ME time". Namun di sebalik pengorbanan yang sedikit ini saya tahu ada hikmat disebaliknya...InshaAllah...

Semoga berjumpa di entri akan datang.

Love u all!