Thursday 5 February 2015

Hanya Allah tempat mengadu...

Siang berganti malam...malam berganti siang...
Kehidupan aku kini berlegar di satu dunia yang sungguh besar dunia seorang isteri, seorang chef, seorang tukang karut (tukang bebel) dan yang paling mencabar aku ialah dunia seorang pendidik....bukan guru tapi akulah IBU...

Mungkin saat ini, bagi aku yg setahun jagung title ibu yang ku pegang adalah tugas yang sangat mencabar. Ia banyak mengajar aku erti kesabaran yang sebenar. Bila kurangnya masa untuk beribadat, bila di kala terpaksa melewatkan solat waktu aku kerana keperluan anak, bila masa untuk diri sendiri sudah jarang sekali (sungguh aku rindu masa ini). Adakalanya aku tewas dengan diri sendiri...rasa malas untuk mencuba...rasa serik untuk berlembut namun seagung agung Rasulullah SAW tidak pula dia berkasar atau bermasam muka bila berhadapan dengan anak kecil. Betapa lemahnya iman aku sebagai seorang hambaMu Ya Rabb...

Hanya padaMu...Allah tempatku panjatkan doa agar dapat membimbing aku menjadi seorang IBU yang solehah.

Ameen